Pada hari ini maka tamatlah peluang aku mendapat doa dan restu dari insan yg bergelar ibu. Ibuku lah insan yg paling berjasa kepadaku. Dia melahirkan aku ke dunia fana ini. Dia membela aku sejak dari kecil bagai bapak. Dia mendidik aku bagai seorang guru. Dia mendengar tangisku bagai seorang kekasih. Dia merawatku bagai seorang jururawat. Dia mendorong aku bagai seorang pakar motivasi. Mungkin ibu tak mengenal huruf dan tak berpelajaran. Dia masukkan aku ke sekolah orang putih dek wawasan dan impian melihat aku menjadi insan berjaya. Aku belajar di menara gading di negeri orang putih dan membawa pulang bergulung ijazah dan sijil. Di hantàr aku belajar quran agar aku menjadi qari terbilang. Di ajar aku pelajaran agama agar mengenal mana halal mana haram. Alhamdulillah. Berkat iltizam dan wawasan ibu aku menjadi siapa aku kini. Berkat doa ibu aku berjaya dalam pelajaranku. Berkat doa ibu aku berjaya dalam hidupku. Setiap kali aku berjaya tanpa banyàk rintangan. Semua kerana ibu sentiasa mengiringi aku dalam doanya. Hari ini tanggàl 2.11.2014 ibu pergi untuk selamanya. Tiada lagi senyum tawa ibu buat penyejuk hati. Tiada lagi ibu tempat aku bercerita kisah kejayaan ku. Tiada lagi ibu buat aku mendapatkan doa dan restu. Kini giliran ku berdoa moga ibuku diampunkan dosanya oleh Allah. Moga Allah tempatkan ibu ditempat mereka yang soleh. Moga kita ketemu di syuga Allah Taala. Sesungguhnya kaulah ibu sejati. Tiada tolok banding dan tiada penganti.
Monday, November 3, 2014
Friday, September 26, 2014
Tangan inilah yang drafkan Akta Petroleum
25/09/2014Tangan Inilah Yang Drafkan Akta Petroleum – Tun Salleh
ShareTweet+ 1Mail
“Nasib baiklah Tuhan lanjutkan umur saya untuk memberitahu hakikat sebenarnya,” kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara yang juga Mantan Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas Kerajaan Negeri Terengganu.
Itulah kenyataan beliau ketika menceritakan sejarah sebenar bagaimana Akta Pembangunan Petrolia 1974 digubal dan diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.
Akta inilah yang telah dijadikan asas terhadap perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu yang antara lain menyatakan kerajaan negeri Terengganu akan dibayar royalti minyak sebanyak lima peratus dari hasil keluaran minyak di negeri ini.
“Tangan inilah yang membuat draf akta tersebut,” katanya.
Tun Salleh menceritakan perkara ini di hadapan berpuluh-puluh ribu rakyat Terengganu yang berhimpun di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu pada malam 16 September, 2000, bagi mendengar ceramah perdana dan solat hajat isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.
Beliau berkata demikian dalam suasana hujan renyai-renyai yang kemudiannya oleh Naib Presiden yang kini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam ceramah yang sama sebagai air mata rakyat Terengganu.
Berdasarkan fakta sejarahnya, kata Tun Salleh, adalah bohong sama sekali peruntukan lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu itu adalah wang ehsan dari Petronas semata-mata kerana Terengganu sebuah negeri yang miskin.
Kata Tun Salleh, perjanjian yang dibuat antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dan juga lain-lain negeri di negara ini dengan jelas menyebut royalti berdasarkan kerajaan negeri Terengganu memberikan hak sepenuhnya kepada Petronas untuk mengeluarkan minyak dari negeri ini.
“Bukan Terengganu sahaja, kerajaan Pusat juga mendapat lima peratus dari hasil tersebut,” katanya ketika memberikan ceramah! tersebut.
Menurut Tun, sebelum Akta Pembangunan Petrolium digubal, kerajaan Pusat menghadapi masalah dengan kerajaan Sabah dan Sarawak berhubung dengan hak minyak di negeri masing-masing sehingga sampai ke peringkat ugutan mahu keluar dari Malaysia.
“Atas usaha orang inilah (Tun Salleh) yang berbincang dengan Tun Razak, Perdana Menteri pada ketika itu, akta ini didraf dan kemudiannya diterima dengan baik oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak,” katanya.
Menurutnya, oleh kerana minyak ditemui di Terengganu kemudian dari penggubalan akta itu, maka ianya telah digunapakai oleh Petronas dan kerajaan negeri Terengganu.
Untuk mengemaskan lagi cara pembayaran wang itu, satu lagi perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dibuat pada tahun 1987 dan dengan jelas di situ dimasukkan perkataan “royalti” bukannya “ehsan” lima peratus, jelas Tun Salleh lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau sama sekali menol! ak wang lima peratus dari Petronas untuk kerajaan negeri Terengganu itu adalah kerana ehsan Tun Abdul Razak kepada kerajaan negeri Terengganu yang miskin.
“Ia jelas sekali satu pembohongan fakta kerana saya masih hidup dan tahu benar apa yang dimaksudkan oleh Tun Razak ketika itu,” katanya dipetik Harakah.
Berhubung dengan kenyataan, minyak digali di luar kawasan negeri Terengganu iaitu di luar tiga batu nautika dari pantai Terengganu, Tun berkata, tiga batu nautika ini maksudnya dari pantai terdekat milik Terengganu termasuk pantai pulau-pulau yang menjadi milik negeri Terengganu.
Jika diluar kawasan tersebutpun, kawasan itu dikira masih hak bersama dengan andaian siapakah milik kawasan tersebut jika tidak wujudnya Terengganu sekarang dalam Malaysia.
“Mungkin minyak itu bukan milik Malaysia lagi,” katanya.
Berdasarkan fakta itulah, maka kedua-dua pihak diberikan hak royalti lima peratus iaitu kerajaan negeri Terengganu dan kera! jaan Persekutuan, jelas Tun Salleh
Monday, September 8, 2014
Bahasa kedah
198 Terpeleot.................Tergeliat
199 Ghenjong.................Panjang
200 Ghalit.................Lalai
201 Pelat.................Loghat
202 Hang.................Kau
203 Tawaq hebiaq.................Tawar
204 Maneh melecaih.................Manis
205 Ro choh.................Tikam
206 Piau.................Original
207 Chayaq.................Cair
208 Orait.................All right
209 Gostan.................Undur
210 Go head.................Ke hadapan
211 Gohead gostan.................Kehadapan-undur
Friday, September 5, 2014
Motto iklan
Pak Haji mengawinkan keempat empat anaknya, yaitu Anita, Minah, Mimin dan Mumun. Mereka semua akan berbulan madu ke Bali.
Sebelum mereka pergi, Pak Haji berpesan, "Nak,jgn lupa hantar kabar ya kat Abah tentang kualiti laki masing2. Pakai sms aja & supaya tak nampak sangat, gunalah 'motto' iklan aje yee?"
Hari pertama di bulan madu.
Si Anita kirim SMS ke pak Haji, sms-nya cukup singkat: "KFC"
& Pak haji langsung mencari iklan KFC di gerai KFC terdekat & terbacalah : "SEHINGGA MENJILAT JARI"
Pak Haji pun tersenyum2 .
Hari ke-2 bulan madu.
Giliran si Mimin yg kirim SMS & sms-nya jg cukup singkat : "STANDARD CHARTERED".
Pak Haji pun langsung mencari iklan Standard Chartered di surat kabar dan terbacalah tulisan : "BESAR, KUAT & PERAMAH".
Pak Haji pun langsung tersenyum lebar .
Hari ke-3
Giliran si Mumun yg kirim SMS, isi-nya jg cukup pendek : "NESCAFE".
Pak Haji pun langsung mencari iklan NESCAFE di surat kabar dan terbaca motto Nescafe : "NIKMATNYA SAMPAI TITISAN TERAKHIR".
Pak Haji pun kembali tersenyum ceria .
Memasuki hari ke-4,5,6 & 7
Pak Haji mulai risau kerana si Minah tak ada kabar berita. aduuuh, ada apa dgn si Minah ya.., jangan2 dia kecewa dgn lakinya ...??
Akhir-nya pd hari ke-8 barulah masuk SMS dari Minah yg isinya jg cukup singkat: "AIR ASIA ".
Pak Haji sangat terkejut krn yang dia tahu AIR ASIA itu syarikat penerbangan terbesar di Asia Tenggara. Langsung Pak Haji cari surat kabar, terbaca-lah motto AIR ASIA :
"7 KALI SEMINGGU - 3 KALI SEHARI - 5 JAM NON STOP".
Pak Haji pun berkata dalam hatinya, =-? patutlah dia tak sempat sms, tiap hari jadual-nya "FuuuLLLL..."
Wednesday, August 20, 2014
Bahasa siam
Salim: Jom Bahasa Thai...pelan2 belajaq na.......
Satu = Neng
Dua = Song
Tiga = Saam
Empat = Si
Lima = Ha
Enam = Houk
Tujuh = Chet
Lapan = Ped
Sembilan = Kaw
Sepuluh = Sib
sawaddi krab/kha = selamat sejahtera ( "krab/khab" ditutur oleh boy dan "kha" ditutur oleh girl)
Selamat Pagi = Arun Sawad
Selamat Malam = Ratree Sawad
Selamat Tinggal = La korn
Apa Khabar? = Sabai di Mai?
Khabar Baik = Sabai di
Terima Kasih = Khob Khun
Terima Kasih (diucap oleh lelaki) = Khob Khun Krab (ada kalanya disebut Khob Khun Khab)
Terima Kasih (diucap oleh perempuan = Khob Khun Kha
Awak tinggal di mana? = Khun ju thi nai
Awak dari mana? = Khun ma chak nai
Bolehkah awak cakap bahasa Thai? = Khun phud phasa Thai dai mai?
Ya (diucap oleh lelaki) = Krab/Khab
Ya (diucap oleh perempuan = Kha
Ya = Chai
Boleh = Dai
Tidak = Mai
Tidak boleh = Mai Dai
pergi = Peai/pai
mari = Ma
Makan = Kin
Minum = Deum
Beritahu = Bouk/Bok
Tahu = Roou (lalau bahasa bm disebut 'ru')
Tidak Tahu = Mai Roou
Tidak Pandai = Mai Pen
Mahu = Aw/Ao
Tidak Mahu = Mai Aw
Di mana? = Thi nai?
Bila = Mea rai
Siapa = Khrai
Apa = Arai
kedai = Rarn
Jalan = Thanon
Rumah = Ban
Wang = ngen
Market = Talat
Ini Berapa? = Ni thau rai?
Itu Berapa? = Nan thau rai?
Mahal = Pheng
Murah = Thook
Banyak = Mak Mak (kalau nak ucap terima kasih byk2, ucap la "Khob Khun Mak Mak")
Sikit = Nid Noi
Senyum = Jim (kalau nak suruh awek senyum sikit, korang cakap la "Jim Noi")
saya (ditutur oleh girl) = chan
saya (ditutur oleh boy) = phom
cinta = rak
Suka = chob
kamu = ther
saya cintakan kamu/awak = chan/phom rak ther
saya suka awak = chan/phom chob ther
cik/awak = Khun
Dia = Khau
😅
Monday, August 18, 2014
Lagu SRI
🎼
Hijau dan kuning tanda setia,
Tekun, rajin, usaha
Merah tandanya gagah berani
Lambang kemegahanku
Kami Putera penuntut SRI,
Berikrar dan berjanji
Bertekun belajar
Mencapai cita-cita
Bergerak dengan penuh semangat
Kejayaan matlamat
Jasa bakti kami kan curahi
Mendukung cita murni
Friday, August 15, 2014
Hubunfan intim di malam jumaat. Ye ke ni
Anjuran Hubungan Intim pada Malam Jum’at
Jan 18, 2013Muhammad Abduh Tuasikal, MScKeluarga2
Di kalangan awam, terjadi pemahamann bahwa pada malam Jum’at itu disunnahkan. Bahkan inilah yang dipraktekkan. Memang ada hadits yang barangkali jadi dalil, namun ada pemahaman yang kurang tepat yang dipahami oleh mereka.
Dari Aus bin Aus, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,
مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ ، وَبَكَّرَ وَابْتَكَرَ ، وَدَنَا وَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا أَجْرُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا
“Barangsiapa yang mandi pada hari Jum’at dengan mencuci kepala dan anggota badan lainnya, lalu ia pergi di awal waktu atau ia pergi dan mendapati khutbah pertama, lalu ia mendekat pada imam, mendengar khutbah serta diam, maka setiap langkah kakinya terhitung seperti puasa dan shalat setahun.” (HR. Tirmidzi no. 496. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).
Ada ulama yang menafsirkan maksud hadits penyebutan mandi denganghosala bermakna mencuci kepala, sedangkan ightasala berarti mencuci anggota badan lainnya. Demikian disebutkan dalam Tuhfatul Ahwadzi, 3: 3. Bahkan inilah makna yang lebih tepat.
Ada tafsiran lain mengenai makna mandi dalam hadits di atas. Sebagaimana kata Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’ad,
قال الإمام أحمد : (غَسَّل) أي : جامع أهله ، وكذا فسَّره وكيع
Imam Ahmad berkata, makna ghossala adalah menyetubuhi istri. Demikian ditafsirkan pula oleh Waki’.
Tafsiran di atas disebutkan pula dalam Fathul Bari 2: 366 dan Tuhfatul Ahwadzi, 3: 3. Tentu hubungan intim tersebut mengharuskan untuk mandi junub.
Namun kalau kita lihat tekstual hadits di atas, yang dimaksud hubungan intim adalah pada pagi hari pada hari Jum’at,bukan pada malam harinya. Sebagaimana hal ini dipahami oleh para ulama dan mereka tidak memahaminya pada malam Jum’at.
وقال السيوطي في تنوير الحوالك: ويؤيده حديث: أيعجز أحدكم أن يجامع أهله في كل يوم جمعة، فإن له أجرين اثنين: أجر غسله، وأجر غسل امرأته. أخرجه البيهقي في شعب الإيمان من حديث أبي هريرة.
As Suyuthi dalam Tanwirul Hawalik dan beliau menguatkan hadits tersebut berkata: Apakah kalian lemas menyetubuhi istri kalian pada setiap hari Jum’at (artinya bukan di malam hari, -pen)? Karena menyetubuhi saat itu mendapat dua pahala: (1) pahala mandi Jum’at, (2) pahala menyebabkan istri mandi (karena disetubuhi). Yaitu hadits yang dimaksud dikeluarkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman dari hadits Abu Hurairah.
Dan sah-sah saja jika mandi Jum’at digabungkan dengan mandi junub. Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Jika seseorang meniatkan mandi junub dan mandi Jum’at sekaligus, maka maksud tersebut dibolehkan.” (Al Majmu’, 1: 326)
Intinya, sebenarnya pemahaman kurang tepat yang tersebar di masyarakat awam. Yang tepat, yang dianjurkan adalah hubungan intim pada pagi hari ketika mau berangkat Jumatan, bukan di malam hari. Tentang anjurannya pun masih diperselisihkan oleh para ulama karena tafsiran yang berbeda dari mereka mengenai hadits yang kami bawakan di awal.
Wallahu a’lam.
Wallahu waliyyut taufiq was sadaad.
@ Mabna 27, Jami’ah Malik Su’ud, Riyadh, KSA, 4 Rabi’ul Awwal 1434 H
www.rumaysho.com