Sunday, September 4, 2011
KENAPA umno SAJA PEJUANG KEMERDEKAAN??
Hadi pertahan Mat Sabu, bidas media
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan timbalan presidennya, Mohamad Sabu dan membidas media kerana terus menyerang pemimpin itu termasuk melabelkan Umno sebagai sebuah parti yang ‘hanyut’.
“Jangan keluarkan berita sehingga jadi fitnah, Pas ialah sebuah parti Islam yang lawan semua (penjajah), British kita lawan, komunis kita lawan,” katanya ketika ditemui di sini, mengulas serangan Umno dan medianya terhadap, Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu dalam kenyataannya sebelum ini mencadangkan agar sejarah negara dikaji semula sehingga menimbulkan kontroversi.
Ini berikutan dakwaan Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya, tetapi bukan cerita sebenar.
Mohamad Sabu yang dipetik berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.
“Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi itu. Antara yang menyerangnya adalah kumpulan dipimpin Mat Indera, di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.
“Polis ketika itu bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu. Antara pihak menentang Inggeris adalah pejuang Islam dipelopori Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan komunis,” katanya.
Namun, katanya, kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawan bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno, tetapi menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.
“Pada hal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British,” katanya.
Mengulas lanjut, kata Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baru kerana Umno hanya menyokong pihak berkuasa yang dapat memberi keuntungan kepada mereka sahaja.
“Umno hanya sokong siapa yang berkuasa. Masa British berkuasa sokong British kalau Jepun berkuasa sokong Jepun, kalau komunis berkuasa mereka akan sokong komunis kerana mereka (Umno) hanyut, tetapi Pas akan melawan semua,” katanya.
tugu negara BRITISH
SILA lihat tugu negara (sebut tokong negara) ini baik-baik! Selama ini, setiap kali hari pahlawan, perdana menteri akan meletakkan kalungan bunga di tugu ini kononnya sebagai tanda memperingati pejuang kemerdekaan yang terkorban.
Kononnya inilah pejuang kemerdekaan yang terkorban atas nama keamanan dan kebebasan. Malah terpahat tulisan "May the blessing of Allah be upon them". Pejuang-pejuang inididoakan agar memperolehi rahmat dari Allah.
Namun hakikatnya, siapa yang percaya bahawa nama-nama pejuang yang terpahat di tokong negara ini sebagai pejuang, maka dia telah berjaya ditipu oleh British. Lihat bukti di bawah ini.
Kenapa banyak nama Mat Saleh? Mat Saleh penduduk majoriti Tanah Melayu ke? Orang Melayu semua pergi mana? Kah kah kah...
Rupanya negara ini negara British! Sebab itulah pejuang kemerdekaan adalah askar-askar British! Orang Melayu semua dipanggil komunis kah kah kah...
Kenapa ukiran wajah muka patung macam muka orang putih? Orang Melayu zaman dulu macam muka orang putih ke? Kah kah kah...
United Malays No Otak kata, ini fakta sejarah, siapa tak percaya sejarah ini dia penyokong komunis kah kah kah...
Mari sama-sama kita doakan askar-askar kafir British ini semoga roh-roh mereka dicucuri laknat kah kah kah... (kalau ada askar British yang beragama Islam doa ini terbatal)
ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tau British tu penjajah bukan pejuang!"
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/panas-bukti-kukuh-sejarah-malaysia.html#ixzz1WvODZelg