Monday, November 3, 2014

Buat bondaku Tom bt Hassan 2.11.2014

Pada hari ini maka tamatlah peluang aku mendapat doa dan restu dari insan yg bergelar ibu. Ibuku lah insan yg paling berjasa kepadaku. Dia melahirkan aku ke dunia fana ini. Dia membela aku sejak dari kecil bagai bapak. Dia mendidik aku bagai seorang guru. Dia mendengar tangisku bagai seorang kekasih. Dia merawatku bagai seorang jururawat. Dia mendorong aku bagai seorang pakar motivasi. Mungkin ibu tak mengenal huruf dan tak berpelajaran.  Dia masukkan aku ke sekolah orang putih dek wawasan dan impian melihat aku menjadi insan berjaya. Aku belajar di menara gading di negeri orang putih dan membawa pulang bergulung ijazah dan sijil. Di hantàr aku belajar quran agar aku menjadi qari terbilang. Di ajar aku pelajaran agama agar mengenal mana halal mana haram.  Alhamdulillah. Berkat iltizam dan wawasan ibu aku menjadi siapa aku kini. Berkat doa ibu aku berjaya dalam pelajaranku. Berkat doa ibu aku berjaya dalam hidupku.  Setiap kali aku berjaya tanpa banyàk rintangan. Semua kerana ibu sentiasa mengiringi aku dalam doanya. Hari ini tanggàl 2.11.2014 ibu pergi untuk selamanya. Tiada lagi senyum tawa ibu buat penyejuk hati. Tiada lagi ibu tempat aku bercerita kisah kejayaan ku. Tiada lagi ibu buat aku mendapatkan doa dan restu. Kini giliran ku berdoa moga ibuku diampunkan dosanya oleh Allah. Moga Allah tempatkan ibu ditempat mereka yang soleh. Moga kita ketemu di syuga Allah Taala. Sesungguhnya kaulah ibu sejati. Tiada tolok banding dan tiada penganti.