kuil hindu di merata tempat di selayang...bukan perkauman, tapi biarlah ikut undang undang
beberapa bulan dahulu terdapat sebuah rumah di taman intan baiduri (DBKL) yang membina sebuah kuil hindu di dalam kawasan rumah , tetapi amat besar untuk tujuan persendirian. saya telah membuat aduan kepada DBKL dan salinan kepada MPS kerana terletak di kawasan bersebelahan. namun kerana tekanan dari pihak tertentu kuil tersebut masih berdiri teguh di situ. dah la kawasan ini dekat dengan Batu Caves, nak di tambah lagi kuil-kuil di kawasan rumah.
tetapi kini terdapat sebuah rumah teres di jalan su18, taman selayang utama membina sebuah kuil/shrine di luar kawasan rumah bukan untuk kegunaan persendirian, malah digunakan untuk tujuan perubatan. waktu operasinya dalah malam dan amt mengganggu penduduk sekitar. agaknya anggota penguatkuasa majlis tidur pada waktu malam dan tiada tindakan diambil. jelasnya ia dibina di luar pagar rumah dan mengganggu penduduk. penghuni rumah ini pun bukannya bergaul dengan penduduk sekeliling dan melakukan tindakan ini dengan tidak mendapat persetujuan dari jiran tetangga.
No comments:
Post a Comment