Monday, July 11, 2011

JEM DI SELURUH IBU NEGARA AKIBAT "BERSIH" ??

keadaan jam di seluruh ibu negara adalah disebabkan oleh siapa? polis di malaysia membuat roadblock kerana tunduk kepada arahan menteri BN. kalau di thailand dan indon mahupun di europe polis tak terlibat nak buat roadblock. rakyat free nak pergi berhimpun. ni berhimpun esok tapi roadblock hari ni ni apahal. kalau kita perintah putrajaya kita tak akan suruh polis buat roadblock. kalau BN nak berhimpun berhimpunlah.
awat tak percaya ka kita tak akan halang BN buat perhimpunan. kita dah buktikan di selangor, penang, kelantan dan kedah. kita memang tak ada kuasa arah polis halang. tapi agensi lain macam majlis perbandaran pun kita tak pernah arah halang. jadi insyaallah, jam harini takkan berlaku jika kita memerintah.

maka sabarlah kawan kawan ku. anggaplah ini sumbangan anda kepada angin perubahan politik kita. kalau tak tahan juga ubah la haluan anda atau ubah waktu laluan anda. kejAyaan perlukan pengorbanan

masa kini negara dengan kadar pembangunan tertinggi, bangunan tertinggi didunia dan keretapi terlaju di dunia adalah negara komunis China. negara dengan teknologi persenjataan, aerospace termaju didunia adalah negara komunis Rusia. itu adalah negara komunis dan bukan negara pengganas komunis. kerajaan malaysia sendiri telah menghantar angkasawan ke rusia dan pelajar pelajar ke rusia. salah kah? Bacalah asal usul kemunculan Komunism, perjuangan Karl Marx, Mao Tse Tung, hatta Chin Peng dan Parti Komunis Malaya. dah faham baru komen. jangan Komen melulu.
Ada pun kita dihidupkan di dunia ini kerana allah hendak menguji hamba hamba nya yg mana lebih bertakwa. Dalam menuju takwa allah menggariskan 2 perkara. Hablumminalah dan hablumminaNnas. Selain mengerjakan ibadah wajib kpd allah kita juga dituntut meninggikan syariat islam dibumi allah. Jika negara islam tak berjaya pada masa ini kita laungkan negara berkebajikan dan adil.

Kita mesti membezakan kerajaan dan parti. Mana pun parti memerintah, kerajaan tetap wujud. Yg kita nak ialah mengubah parti memerintah negara. Kalau kita mengubah kerajaan bermakna kita mengubah dari contohnya kerajaan raja berpelembagaan kepada kerajaan republik atau kerajaan tentera. Kenapa kita nak ubah parti yg memerintah negara? Kerana parti tersebut tidak memerintah dgn betul.

No comments: