Aku penat bila melayan isteri yang kuat cemburu
Aku penat bila semua kekawan ku dikhuatiri
Muda mahupun yang tua
Aku penat bila kekawan pun tak boleh tumpang kereta
Aku penat bila orang lain pakai sedondon kita yang salah
Aku penat bila rakan sekerja pun tak boleh nak sembang
Aku penat bila kekawan lama menyapa dikata bunga berputik semula
Aku penat bila amoi melintas aku terjeling
Apakah aku tidak jujur
Apakah aku tidak berubah
Apakah aku tidak membuat kau gembira
Apakah aku tidak bertimbang rasa
Apakah aku tidak memikirkan perasaan mu
Aku penat hidup macam ini
Aku penat bila pengorbanan aku tak dipandang
Aku penat bila kasihku ditendang
Aku bukan minta kau buang langsung cemburu
Aku bukan minta kau benarkan aku berfoya foya
Aku sudah loya
Aku bukan menyeleweng
Aku hidup bukan macam dulu
Kekawan lamaku ramai telah ku lupakan
Saudaraku telah ramai kubuangkan
Kekawan ku kini kekawan mu saja
Saudaraku kini kalangan saudaramu
Aku tak punya siapa
Anak anak ku tak bersama ku
Walau anak anak mu bersama kamu
Kecuali anak kita buat penghibur luka
Hatta ibuku hidup umpama mati
Apa lagi yang kau mahu
Aku penat .......
Aku hanya ada Tuhan
Yang mungkin mengerti
Hidupku yang sebatang kara
Jangan ditambah penat didada
Jangan dibuat hidup melara
No comments:
Post a Comment