Thursday, March 5, 2015

Imam Ghazali dan Lalat

[04/03 1:47 PM] Kpp Mael Basa: MIMPI SEORANG AHLI KASYAF

Apa hubungan kaitnya seekor lalat dengan syurga indah yang memiliki taman-taman sungai-sungai yang mengalir..? Tentu kita tidak dapat melihat apa-apa hubungan kait pun antara seekor lalat dengan syurgawi yang penuh kenikmatan. Tetapi tidak demikian dengan apa yang dialami oleh seorang ulama sufi, ahli kasyaf dan imam besar iaitu Imam Ghazali yang dialami dilihatnya dalam mimpi...

Suatu malam, Imam Ghazali sedang sibuk menulis kitab. Tiba-tiba datang terbang seekor lalat hinggap berdekatannya. Imam Ghazali mengamati lalat itu dan ia kelihatan sedang kehausan. Memang betul tanggapan Imam Ghazali kerana lalat itu kemudian masuk ke dalam bekas tinta air atau pun dakwat pena beliau dan meminum tinta air itu. Beliau membiarkan lalat itu menghisap tinta airnya. Sesudah si lalat puas minum, Imam Ghazali membantunya keluar daripada bekas tinta air itu. Terbanglah lalat itu kembali bagi meneruskan perjalanannya entah ke mana…

Mungkin tidak ada pun yang luar biasa dalam peristiwa itu. Apakah ertinya menolong seekor lalat yang kotor dan hina..? Memang begitulah pandangan manusia selalunya secara umum... tetapi bagaimana pula pandangan Allah..?

Tidak lama selepas kejadian itu Imam Ghazali tertidur dan bermimpi bertemu berhadapan-hadapan dengan Allah s.w.t dalam mimpinya itu Allah s.w.t bertanya kepada Imam Ghazali, " Wahai Ghazali..! tahukah engkau apa yang menyebabkan Aku memasukkan engkau ke dalam syurga-Ku..? "

Imam Ghazali termangu-mangu dan berfikir akan jawapan... beliau menyangkakan semua amal ibadah yang dilakukannya selama ini seperti solat, puasa, zikir dan seterusnya menyebabkan dia dimasuk kedalam syurga Allah s.w.t

Lalu Imam Ghazali menjawab... " kerana ibadah solatku, ya Allah..? "

" Bukan..! " tegas Allah.

Imam Ghazali berkata lagi... " kerana ibadah zakatku, ya Allah..? "

" Bukan..! " tegas Allah lagi.

Seterusnya, Imam Ghazali berkata... " kerana ibadah puasaku, ya Allah..? "

Allah tetap berkalam, " Bukan..! "

Imam Ghazali mencuba lagi... " kerana ibadah hajiku, ya Allah..? "

Allah masih berkalam, " Bukan..! "

Semua jawapan dalam pengetahuan Imam Ghazali ternyata bukan jawapan betul bagi Allah kerana Allah terus berkalam, " Bukan..! "

Akhirnya, Imam Ghazali berkata, " Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui. "

Maka Allah s.w.t berkalam menjelaskan, " Wahai Ghazali..! masihkah engkau ingat sewaktu engkau sedang menulis kitab pada malam hari itu. Terbang seekor lalat masuk ke dalam bekas tinta air mu. Engkau berasa belas kasihan kepadanya dan engkau membiarkan lalat itu minum sepuas-puasnya. Apabila ia selesai minum, engkau membantunya keluar daripada bekas itu. Lalat itu kemudian terbang pergi dengan gembira selepas dahaganya hilang. Dengan sebab itulah yang menyebabkan Aku memasukkan engkau ke dalam syurga-Ku iaitu keikhlasanmu membantu makhluk-Ku walaupun ia hanya seekor lalat. "

Allahu Haq subhanallah... begitulah fadilat amal yang ringin dipandang mata dilakukan dengan ikhlas dengannya mampu membawa Imam Al-Ghazali ketanah taman syurgawi. Sebaliknya amalan yang besar tetapi jika tidak ikhlas bagaikan ia fatamorgana sangkaan yang tiada nilai sandarannya.

Imam Ghazali pernah berkata, " Orang yang tidak berilmu mendapat seksaan, orang yang berilmu tanpa amalan juga menerima seksaan, orang yang beramal tanpa keikhlasan turut juga ia mendapat seksa. " Oleh sebab itulah penting mengamalkan ilmu, amal dan ikhlas ia adalah tiga serangkaian perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Kisah ini memberi tahu betapa pentingnya keikhlasan dalam kehidupan harian yang walaupun ianya hanya perkara yang kecil pada pandangan mata tapi ianya besar pada pandangan Allah akan sifat belas kasihan dalam berakhlak walaupun hanya kepada seekor serangga lalat.

Ada orang mendirikan amal ibadah kerana berkehendakan syurga dan ada juga orang menjauhi dosa kerana takutkan neraka. Andai kata syurga dan neraka itu tiada adakah amalan kita itu tadi masih kekal sama sifat kelaku kita itu..? Bukah kah yang wajib diiginkan dan takuti itu Allah s.w.t pemilik yang empunya syurga dan neraka... terlajak perahu boleh diu
ndur terlajak iktikad binasa segala amal...
 
Wassalam.
[04/03 3:08 PM] Kpp Mael Basa: Citer ni d petik dari kitab Nashaihul Ibad oleh Syeikh Nawawi al Bantani.

Citer ni bukan d tulis oleh Imam Al Ghazali sendiri

Citer ni d publish d portal Nahdatul Ulama Indonesia...kira mcm PUM d Malaysia ni

No comments: