Monday, February 16, 2009

KEMELUT POLITIK DI PERAK AKIBAT KELEMAHAN PKR DAN SPR

KEMELUT POLITIK DI PERAK AKIBAT KELEMAHAN PKR DAN SPR (perlukan satu perubahan di pihak pkr dan spr)

Dalam mengkaji kemelut politik di perak, kita patut berlapang dada dan berfikiran terbuka dan tidak sentimen terhadap parti yang kita naungi, iaitu pkr. Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak terbentuk dengan majoriti tipis iaitu 31 kerusi berbanding 28 kerusi oleh BN. Pada masa itu Tuanku Sultan tidak punya pilihan selain mengumumkan PR sebagai Kerajaan baru dengan syarat seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dilantik sebagai MB. Walaupun DAP mendapat 18 kerusi dan PKR mendapat 12 kerusi, sesatunya calon dari PAS dilantik menjadi MB. Tuanku Sultan sendiri tidak yakin dengan calon calon Melayu di kalangan PKR. Apakah pada masa itu pimpinan PKR sendiri tidak dapat melihat sendiri kualiti yang ada dikalangan ADUN ADUN mereka?

Dalam membincangkan kualiti yang ada pada ahli ahli dan ADUN PKR, kita perlu perhatikan kembali pertama, latar belakang penubuhan PKR dan kedua faktor ikatan disiplin dalam PKR.

PKR tidak dinafikan menjadi satu wadah perjuangan parti era baru dengan corak baru yang berteraskan keadilan. Ini merangkumi keadilan untuk semua kaum, semua agama, semua taraf sosioekonomi dan sebagainya.

Berbeza dengan lain lain parti yang ditubuhkan jauh lebih lama sejak zaman kemerdekaan, seperti UMNO, PAS, MIC, DAP dan MIC dan sebagainya, mereka ini mempunyai faktor kesatuan yang lebih jelas berdasarkan bangsa seperti UMNO, MIC dan MCA dan juga agama seperti PAS. DAP juga walaupun memperjuangkan demokrasi, dimonopoli oleh kaum Cina dan lebih fokus dengan identiti Cina nya. PKR yang berteraskan keadilan tidak mempunyai faktor kesatuan sekukuh parti parti di atas. Oleh sebab itu PKR harus mencari faktor kesatuan yang lebih kuat, atau pun setidak tidaknya memperkuatkan faktor keadilan yang diperjuangkannya.

Keadilan adalah satu perkara yang sangat subjektif dan berbeza mengikut tafsiran masing masing. Rasullullah SAW sendiri mengaku tidak dapat bersikap adil kepada isteri isterinya dan telah memohon maaf kepada isteri isteri baginda tatkala baginda hampir wafat walaupun kita wajib percaya bahawa bagindalah seadil adil insan di dunia ini.

Keduanya, bila membicarakan faktor disiplin didalam parti, disiplin di kalangan ahli mahupun ADUN PKR adalah sangat lemah, kerana PKR tidak mempunyai satu wadah tarbiah yang jelas dan tetap.

PAS umpamanya mempunyai usrah yang dijalankan diperingkat cawangan. Ini dapat meningkatkan ukhwah setiakawan dan jatidiri sesama ahli. Sesekali akan dijemput ustaz atau ustazah yang akan membantu memantapkan lagi pengetahuan agama dan keimanan kepada allah yang menjadi tunggak kepada kesetiaan perjuangan. Walaupun ada juga terdapat anggota PAS yang melompat parti sebelum ini, rata rata perkara ini amat sedikit dan amat mustahil.

UMNO pula umpamanya ditarbiah dengan wang ringgit dan juga program-program bina insan dan sebagainya yang dijalankan oleh gerak gempurnya yang banyak menggunakan duit. Rata-ratanya dalam UMNO kalau ada wang semuanya boleh berlaku. Kalau duit tak turun poster yang dah dipasang pun boleh diturunkan. Business is business.

PKR tidak mempunyai kedua dua ciri ciri PAS dan UMNO tersebut. Maka jatidiri dan setia kawan di dalam PKR boleh dipersoalkan. Tambah lagi kebanyakkan ahli PKR asalnya dari UMNO. Didalam UMNO senang nak dapat duit sebab ada saja projek yang duwujudkan untuk membantu cawangan dan ketua ketua. Berebut rebut orang nak jadi ketua cawangan. Tetapi di dalam PKR, jadi ketua bahagian pun tak loaded. Kena keluar duit sendiri ada lah. Siapa tak penat kalau dah memerintah macam ADUN Jamaludin tu tapi tak boleh merasa hasil hasil pemerintah, termasuklah perempuan perempuan yang ditafsirkan sebagai rezeki yang mendatang. Dia pula tak tahu itu adalah umpan UMNO bagi memancing di negeri negeri yang perbezaan kerusi adalah kecil. Disebabkan iman yang kerdil maka termakanlah umpan itu dan apabila terperangkap kenalah dia ikut apa saja kehendak si penakluk.

Tujuan saya menulis ini bukan lah bertujuan menghentam PKR yang saya sendiri anggotai sejak dari penubuhannya pada tahun 1998. Saya melihat sejak DSAI keluar dari tahanan pada 2007, tumpuan kepada saranan DSAI sendiri semasa beliau di dalam tahanan telah dilupai dan beliau memacu laju hingga pengikutnya telah keciciran: iaitu menambahkan ahli dan menambahkan cawangan. Penambahan ahli telah menjadi faktor semulajadi sejak PR memenangi 5 negeri di dalam PRU12 lalu dan bukan melalui kempen mendapatkan ahli yang tulin yang dijalankan oleh kepimpinan parti. Penambahan keahlian yang mendadak memerlukan MT memikirkan kaedah menapis dan memperkayakan jatidiri ahli dengan lebih berkesan.

Jika dulu semasa PRU12, calon calon ADUN dan calon AP ditangkap muat saja tanpa ada prosidur pemilihan yang ketat, hingga DSAI sendiri tersilap memilih pembantu bernama Saiful, PKR patut menggunakan kelebihan mempunyai tokoh agama yang disegani kawan dan lawan iaitu Ustaz Badrulamin sebagai "tuan guru"di kalangan ahli PKR yang beragama Islam. Tokoh tokoh lain seperti Azmin Ali, dan Shaari Sungip juga patut digunakan selain boleh meminta bantuan dari sahabat di parti PAS. Sayap sayap Melayu dan Islam patut di kembangkan di peringkat akar umbi dan cawangan supaya proses mentarbiah ahli yang beragama Islam terus berjalan.

Ini bukan saja akan memastikan jatidiri Melayu dan Islam dapat dipertahankan oleh semua ahli, malah dapat menjadi asas kepada keutuhan setiakawan sesama ahli.

Manakala bangsa lain di dalam parti seperti Bangsa Cina dan India juga patut dapat mengusahakan program tarbiah dan seumpamanya supaya ahli ahli Parti yang berbangsa India dan Cina juga dapat mengemaskan jatidiri masing masing dan menguatkan ikatan setiakawan kepada parti.

Jika jatidiri ahli dan calon dapat dikukuhkan, kita akan dapat memastikan semua ahli, ADUN dan juga ahli Majlis yang menduduki kerusi Majlis Majlis Perbandaran dan Daerah (yang kini rata rata rapuh) dapat mempertahankan jatidiri dan disiplin yang tinggi.

Ramai kalangan ahli ahli Yang Berhormat samada ADUN, AP mahupun Ahli Majlis tidak dapat memainkan peranan masing-masing kerana kurang pendedahan tentang selok belok perjalanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Jawatan jawatan kuasa di peringkat Negeri, Mesyuarat Ahli Majlis, dan kuasa serta bidang kuasa Jawatankuasa jawatankuasa Majlis Perbandaran. Program-program tarbiah dan usrah begini akan dapat memperkayakan ahli dengan ilmu duniawi mahupun ilmu akhirat yang bakal memperkkuatkan jati diri dan setiakawan ahli.

Setelah memenangi 4 negeri baru di bawah Pakatan Rakyat, ahli ahli parti kini lebih tertumpu untuk memenangi Pilihanraya Umum akan datang tanpa menumpukan kepada usaha untuk mengisi kemenangan yang insyaallah akan menyusul. Seharusnya kita perlu menitik beratkan juga usaha meningkatkan pengetahuan kita dengan proses prosoes pentadbiran dan perjalanan kerajaan negeri dan tempatan supaya kita dapat lebih bersedia di dalam menempuh Pilihanraya Umum akan datang. Tambah tambah lagi bila DSAI meniup semangat ahli ahli bahawa akan mengambilalih Kerajaan Persekutuan pada tahun 2009 ini.

Semoga Kemelut Perak 2009 ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Thursday, January 15, 2009

YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN

Ya Allah , sebagaimana Engkau pernah menghantar Burung – Burung Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin , maka kami memohon kepada Mu Ya Allah , turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang Islam di Palastin dan lebanon , hancurkanlah rejim Zionis .. Ameen _____________________________________________________________________
YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 KECIL YANG TIDAK BERDOSA YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KAUM WANITA PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA PEMBUNUHAN TENTERA REJIM ZIONIS LAKNAT YA ALLAH KAU TURUNKAN LAN MALAPETAKA KEPADA TENTERA REJIM YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH MALAPETAKA KEPADA ISRAEL,AMERIKA SERTA SEMUA NEGARA YANG BERSEKONGKOL DENGAN REJIM YAHUDI DALAM PEMUSNAHAN NEGARA ISLAM PALESTIN ALLAH HU YA ALLAH KAU HANCURKAN LAH SEMUA TENTERA REJIM YAHUDI YANG BERADA DIDALAM NEGARA PALESTIN,AL-AQSA YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH BALA KEPADA ISRAEL,AMERIKA SERTA SEMUA NEGARA YANG BERSEKONGKOL MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN YANG TIDAK BERDOSA YA ALLAH.. KAU PERKENANKAN LAH DOA KAMI KAU MAKBULKAN LAH DOA-DOA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT AMINNNNNTolong lipatgandakan doa ini - sekurang kurangnya kepada 7 org, 7x7x7x7x7x7x7 = ???? = akhirnya akan ada hampir 5.8 juta umat islam mendoakan. Biarlah sumbangan kita ini dapat menyelamatkan saudara islam kita, Ameen

Tuesday, January 13, 2009

kuil hindu di merata tempat di selayang...bukan perkauman, tapi biarlah ikut undang undang

kuil hindu di merata tempat di selayang...bukan perkauman, tapi biarlah ikut undang undang

beberapa bulan dahulu terdapat sebuah rumah di taman intan baiduri (DBKL) yang membina sebuah kuil hindu di dalam kawasan rumah , tetapi amat besar untuk tujuan persendirian. saya telah membuat aduan kepada DBKL dan salinan kepada MPS kerana terletak di kawasan bersebelahan. namun kerana tekanan dari pihak tertentu kuil tersebut masih berdiri teguh di situ. dah la kawasan ini dekat dengan Batu Caves, nak di tambah lagi kuil-kuil di kawasan rumah.
tetapi kini terdapat sebuah rumah teres di jalan su18, taman selayang utama membina sebuah kuil/shrine di luar kawasan rumah bukan untuk kegunaan persendirian, malah digunakan untuk tujuan perubatan. waktu operasinya dalah malam dan amt mengganggu penduduk sekitar. agaknya anggota penguatkuasa majlis tidur pada waktu malam dan tiada tindakan diambil. jelasnya ia dibina di luar pagar rumah dan mengganggu penduduk. penghuni rumah ini pun bukannya bergaul dengan penduduk sekeliling dan melakukan tindakan ini dengan tidak mendapat persetujuan dari jiran tetangga.

ist barangan negara Belanda yang perlu diboikot

Ini adalah list barangan negara Belanda yang perlu diboikot..

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat3. Wall’s - Ais Krim4. Ing -Insurans5. Planta -Magerin6. Lady’s Choice -Magerin7. Lipton -Teh8. Shell -Minyak9. Knorr -Perisa Makanan10. Dove -Mandian11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan12. Radiant -Deodoran13. Rexona -Deodoran14. Ponds -Produk Kecantikan16. Kieldsens -Coklat17. Slimfast -Produk Pelangsing18. Lego -Kismis19. Philips -Barangan Elektrik20. Duyvis -Makanan Ringan21. Gouda -Keju22. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian23. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian24. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian25. Labello -Lip Balm26. Pickwick -Teh27. Venz -Mentega Coklat28. Kinder Bueno -Coklat29. Unilever -Syarikat30. Dumex -Susu Tepung31. Nutricia -Susu Bayi32. Sunsilk -Shampoo33. Fair & Lovely -Produk Kecantikan34. Lux -Mandian35. Vaseline -Lip Balm36. Cif -Pencuci Lantai37. Surf -Pencuci Kain 38. Wishbone -Pencuci Kain39. Doriana - Keju Krim40. Bertolli -Minyak Masak41. Clear -Shampoo42. Breeze -Pencuci Kain43. Sun -Pencuci Kain

which boycott action(s) / product(s), yield the most results

What's missing in most boycott lists are impact analysis: which boycott action(s) / product(s), yield the most results.

That way more successful targeted boycotts (rather than sporadic blanket boycotts) can be implemented in unison worldwide. take Coca-Cola for example -- a targeted boycott in the Middle East made them lose 60% market share there.

On another note, the rule of thumb is that organizations / companies who made the most money today most definitely finance pro-Zionists, either directly (financer) or indirectly (shareholders).

We should try to detect and boycott / find alternatives for these wherever possible. For all we know -- perhaps the Internet itself finances them -- look at who's behind our major international links to US. The more reasons we should keep + mirror content closer to our region.
January 13, 2009 9:58 AM

SYARIKAT SYARIKAT YANG MENYOKONG ISRAEL DAN USA

SYARIKAT SYARIKAT YANG MENYOKONG ISRAEL DAN USA

Syarikat : Phillip MorrisProduk : Rokok dan MakananJenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, PrinceFakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut, KFC
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel .

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, FrutipsFakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel , Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland , Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel . Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan KasutJenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, PrycaFakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronikFakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskutJenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, DanetteFakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.Syarikat : RevlonProduk : KosmetikFakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan CetakJenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazineFakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, CarsonFakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L' Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputerFakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, StilaFakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper CollinsFakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, ScottexFakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, PaicHaagen - Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Monday, January 12, 2009

boikot yang teratur dan terancang

Israel: Setakat berdemonstrasikah kita?
Anual Bakri Haron Mon Jan 12, 09 12:12:55 pm MYT

Wawancara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan sebuah akhbar tempatan yang menganjurkan supaya satu boikot terancang diatur oleh dunia Islam cukup menarik. Barangkali kerana 'mual' dengan sikap berdiam diri kabinet negara walaupun Palestin telah masuk hari kelapan dibedil dan angka korban sudah menghampiri 500 orang, Tun Dr Mahathir berdiri dalam kapasiti perseorangan.

Apa yang paling menarik dalam kenyataan Pengerusi Yayasan Anti Perang, Kuala Lumpur ini adalah anjuran boikot yang teratur dan terancang. Jika inilah hujah Tun Dr. Mahathir, maka tidak syak lagi boikot berstruktur ini hendaklah datang daripada kerajaan.
Tidakkah keputusan-keputusan signifikan negara seperti langkah membeli pesawat pejuang atau mengimport minyak menggunakan Dolar Amerika adalah sesuatu yang diputuskan oleh kerajaan? Bagaimanapun, meragui kemampuan negara-negara umat Islam ini melakukan boikot, Dr Mahathir nampak bahawa kuasa pengguna melibatkan 1.3 bilion umat Islam tentu sekali perlu menjadi pilihan terbaik.
Dalam hal-hal yang sebeginilah terserlahnya kepintaran Tun Dr Mahathir yang tidak dapat ditandingi oleh Presiden Umno sekarang ini atau bakal Presiden Umno yang akan datang. Lantaran itulah pula kira-kira 15 tahun yang lalu, Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan menganggap Dr Mahathir ini seorang yang cerdik. Tinggal lagi, sayangnya kecerdikan beliau ini digunakan untuk sekular dan tidak untuk perjuangan Islam.
Ketiga-tiga langkah untuk mengajar Israel seperti yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir boleh ditumpang untuk difikirkan oleh dunia Islam.

Pertama, tidak menggunakan Dolar Amerika.
Kedua, negara-negara Islam perlu menghentikan membeli bon-bon AS untuk memulihkan ekonomi Amerika yang dah bankrap itu.
Ketiga, rakyat memboikot pembelian barang-barang keluaran Amerika seperti apa yang dilakukan oleh rakyat Selatan Thailand yang tidak minum Coca Cola.
boikot
Sudah tentu fikiran Tun Dr Mahathir ini perlu diterjemahkan melalui perancangan teratur serta berstrategik supaya boikot ini menimbulkan kesan. Pihak persatuan pengguna perlu dengan cepat menyenaraikan semua barang-barang keluaran Amerika dan Israel. Begitu juga dengan keperluan untuk menghentikan penggunaan Dolar Amerika dalam urusan perdagangan. Mungkin, langkah permulaan jangka pendek adalah dengan menggunakan Yen sambil cuba mewujudkan matawang tunggal berasaskan dinar di negara-negara Islam.
Semua orang tahu bahawa ekonomi AS sudah bankrap. Jika tidaklah kerana kekeliruan warga dunia tentu "wang fiat" yang tidak disandarkan kepada emas ini diterima, AS sudah runtuh.
Langkah tidak menggunakan Dolar Amerika akan bermakna duit pemimpin-pemimpin dan saudagar-saudagar Arab tidak lagi dibeku dalam bentuk bon di Washington. Masalahnya sekarang apabila duit pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli korporat Islam ditambat di dalam ekonomi AS yang memberi keuntungan percuma kepada mereka.
Inilah senjata yang sedang dibeli sekarang ini dan sedang diletupkan di bumi umat Islam di Palestin.
Masalah utama, pemimpin Islam di dunia Arab terkini ialah mereka telah dijangkiti oleh kuman Yahudi. Mereka "kasihkan dunia dan takutkan mati". Dalam al-Quran sendiri, Allah telah menyentuh tentang orang Yahudi yang suka hidup walaupun hingga 1,000 tahun.
Dalam keadaan itu, pemimpin dari Arab Fatah pula reda melihat Arab Hamas kebuluran asalkan dia kekenyangan. Sikap ini telah disempurnakan lagi melalui restu jahat Fatah yang bekerjasama untuk mengenakan sekatan ekonomi kepada bumi Palestin itu sendiri. Ini menyebabkan 500,000 anak Palestin kebuluran. Sesungguhnya Fatah adalah duri dalam daging umat Islam di Palestin dan musuh kepada proses perdamaian.
Dalam keadaan seluruh warga dunia berkabung menerima berita malapetaka penyembelihan umat Islam di Tebing Gaza, mari kita tinjau pula sikap AS:
a) Walaupun Majlis keselamatan PBB memutuskan gencatan senjata sebagai asas penyelesaian, AS menolak.
b) Sebaliknya walaupun dari muncung senapang Yahudi, dunia termasuk AS sendiri sudah melihat kekejaman yang telah meragut nyawa hampir 500 orang termasuk 100 wanita, warga tua dan kanak-kanak, meninggalkan 2,285 yang cedera di sepanjang 750 pusingan serangan dalam tempoh 8 hari, AS masih tergamak menegaskan bahawa "tentera Israel bebas untuk terus melancarkan serangan udara dan kini darat (bermula 4 Januari 2009) ke atas Gaza.
c) Mengikut Timbalan Setiausaha Akhbar di White House, Israel berhak berbuat apa saja untuk melindungi rakyatnya dimana semua keputusan bergantung mutlak kepada Israel sendiri.
d) Hamas perlu patuh syarat rejim Zionis (tidak syarat PBB) jika mahukan gencatan senjata.
Aduh! Cukup seksa apabila kita dipaksa mengunyah dan menelan kebiadaban hujah dan alasan AS untuk menghalalkan pengkhianatan Zionis. Hujahkah ini atau apakah ini?
Membedah pendirian AS yang sangat pelik ini, kita perlu kembali kepada sejarah seperti apa yang diperingatkan oleh al-Quran. Sikap orang Yahudi Terhadap Nabi Muhamad s.a.w. dijelaskan dalam mafhum ayat berikut:
"(Iaitu) orang-orang Yahudi yang mengatakan: 'Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang rasul, sebelum dia mendatangkan kepada kami korban yang dimakan api'. Katakanlah: 'Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa orang Rasul sebelumku, membawa keterangan-keterangan yang nyata dan membawa apa yang kamu sebutkan, maka mengapa kamu membunuh mereka jika kamu orang-orang yang benar.'" (Surah Ali 'Imran: 183)
gencatan senjata
Pada awal Januari 2008 mereka mengepung Gaza. Pada Jun hingga November 2008 mereka bersetuju bergencat senjata. Awal November Israel melanggar gencatan senjata dan menyerang Gaza. Apabila Hamas menyerang balas pada 19 November, Hamas pula dituduh memulakan keganasan. Kini, Tel Aviv menyerang tanpa syarat dan AS menyokong Israel atas alasan Israel sedang mempertahankan diri?
Dalam konteks memahami pendirian AS yang pelik ini, ia tidaklah terlalu pelik. Seawal tahun 1948 pun, dunia yang celik sudah tahu jawapannya. Tidakkah selang 11 minit selepas negara Israel itu diproklamasikan pada tengah malam 14 Mei 1948, Presiden Truman, Presiden AS di ketika itu telah membuat pengesahan. Ini sebuah "quid pro quo" � sebuah pengiktirafan tertinggi untuk kezaliman Zionis.
Bahkan sikap AS ini boleh seterusnya dibaca melalui kenyataan Ariel Sharon, Perdana menteri Israel ketika itu sewaktu mengherdik Shimon Peres pada 3 Oktober 2001 seperti dirakamkan oleh IAP News.
Ia berbunyi: "Every time we do something, you tell me Americans will do this and will do that. I want to tell you something very clear: Don't worry about American pressure on Israel; we the Jewish People, control America. And the Americans know it."
Dalam skima bacaan percaturan yang selanjutnya, walaupun dunia hampir tidak boleh lagi meletakkan harapan kepada Washington tetapi buat sementara waktu kita perlulah menghantar sepucuk nota kepada Obama selaku bakal Presiden.
Ini sekurang-kurangnya demi menyangkutkan sebuah harapan baru sebagai tanda berbaik sangka. Obama harus ingat bahawa pertama, jika keadilan tidak diberikan kepada rakyat Palestin, maka tidak akan wujud jaminan keselamatan kekal ke atas kaum Yahudi.
Kedua, jika hak dan keadilan terhadap rakyat dan bumi Palestin tidak dipelihara, tidak akan ada kedamaian di Timur Tengah. Ketiga, kekacauan Timur Tengah akan bererti kekacauan berpanjangan ke atas keamanan dunia.- tajdid_