Sunday, January 5, 2014

Polimik isu Allah. Masih ada jalan penyelesaian.

Polimik isu Allah. Masih ada jalan penyelesaian.

Ikutkan perlembagaan dah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan bahawa Allah dikhususkan utk Muslim. Walaupun hanya di  Semenanjung. Walaupun setengah pihak mengatakan Islam membolehkan agama lain menggunakan nama Allah kerana Islam untuk semua. Itu di negara lain. Di Malaysia unik. Kita berbilang bangsa dan agama. Apa yang diputuskan kena dihormati dan diikuti. Pihak gereja kena patuhi dan menghalang mana mana pihaknya menggunakan Allah di dalam sebarang penulisan penerbitan kuliah ceramah dan sebagainya. Pihak muslim boleh saja memohon mahkamah menetapkan Allah hanya digunakan oleh Muslim di Sabah dan Sarawak atau menetapkan perkataan Jesus ditukar kpd Nabi Isa AS.

Di pihak Kerajaan Negeri perlu diwujudkan Jabatan Antara Agama yg berkuasa memantau aktiviti menjangkau perbezaan agama. JAIS hanyalah pihak berkuasa agama Islam. Ini tidak dah lah diputuskan sesuatu ajaran sesat dan terkeluar dari Islam tapi JAIS juga yg menangani. Umpama Polis Malaysia disuruh masuk siasat di Thailand. Kan kacau.

Di pihak kerajaan samada Persekutuan atau Negeri ikutlah keputusan yg ditetapkan mahkamah kerana mahkamah telah menafsirkan undang undang mengikut penggubalan yg dijalankan oleh pihak anda. Kalau tak lengkap pinda perlembagaan agar lengkap mengikut dasar dasar parti samada yg berteraskan Alquran atau fahaman lain. Simpelkan. Bentangkan semua agenda tersembunyi.

Diperingkat Persekutuan perlu disatukan undang undang tanpa sempadan Semenanjung Sabah dan Sarawak.
Konon satu Malaysia.

No comments: