Sunday, January 5, 2014

Syahadah dalam kehidupan

Allah menetapkan syahadah sebagai tunggak kpd rukun Islam dan Rukun Iman kerana ia teras kpd kehidupan di dunia dan di akhirat. Mana mungkin kalau seluruh dunia dan akhirat ini dan segala isinya milik Allah kita pula bertuankan orang lain. Sebab itulah dosa syirik tidak sekali kali di ampun. Hatta Iblis pun tidak pernah syirik kpd Allah. Cuma ingkar perintah Allah.

Begitu juga dalam kehidupan :

1) bila kita bernegara kita perlu menumpahkan kesetiaan kpd negara ini. Bila kita membocorkan maklumat negara kpd negara lain kita telah khianat kpd negara ini.

2) bila kita berkahwin kita perlu setia kpd pasangan kita dgn menolak semua bentuk tarikan yg mengganggu kepercayaan pasangan kita. Walaupun Islam membenarkan lelaki berkahwin empat.  Itu perkara lain yg boleh dibincang secara berasingan.

3) bila kita bekerja kita perlu menumpahkan taat setia berkhidmat kpd majikan kita sahaja. Jika kita tidak setia kpd majikan kita akan mencari pendapatan luar. Maklumat majikan dan perniagaan perlu dijaga kerana ia boleh menjadi modal musuh perniagaan.

Ini perlu dijadikan asas dalam majikan menggajikan pekerja dan dalam kita berkerja dgn orang lain.

No comments: